PERSIDANGAN HORTIKULTUR KEBANGSAAN 2027
"TRANSFORMASI HORTIKULTUR MEMACU KETERJAMINAN MAKANAN"
Introduction / Pengenalan
Persidangan Hortikultur Kebangsaan (NHC) merupakan salah satu platform strategik yang penting bagi menyebarkan teknologi dan maklumat signifikan merangkumi spektrum komoditi buah-buahan, sayur-sayuran dan florikultur disamping dapat membina dan memperkukuh jaringan kerjasama antara pemegang taruh. Sejak dianjurkan pada tahun 2000 dan beberapa siri tahun berikutnya, NHC telah berjaya menjalankan peranannya dan mencapai objektif yang digariskan dan memberi impak positif kepada semua peserta. Kini, NHC 2027 kembali meneruskan legasi dengan tema baharu ‘Transformasi Hortikultur Memacu Keterjaminan Makanan’ yang akan mengupas isu, berkongsi dan membentangkan solusi berkaitan isu semasa pertanian hortikultur negara.
Penganjuran persidangan ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam menyokong transformasi dan pemerkasaan ekonomi MADANI yang memberi fokus kepada transformasi teknologi dan inovasi serta pemodenan sektor pertanian hortikultur terutamanya melibatkan isu semasa dan masa hadapan negara berkait keselamatan dan keterjaminan makanan. Program teknikal persidangan ini dilaksanakan selama dua hari merangkumi pembentangan kertas kerja strategik dan teknikal (lisan dan poster) mengenai senario industri, hala tuju, inovasi dan teknologi serta kejayaan dalam mentransformasi bidang pertanian hortikultur oleh pakar, penyelidik, usahawan tani dan pemain industri lain dan di penghujungnya akan diakhiri dengan sesi forum.
Persidangan bertaraf kebangsaan selama tiga hari yang dirancang ini adalah bermatlamat untuk memperkasakan industri hortikultur tempatan yang merupakan tunjang utama dalam rantaian bekalan makanan dan menyumbang secara signifikan kepada indeks sekuriti makanan negara agar lebih kompetitif, berkualiti dan mampan bagi memenuhi keperluan jaminan sekuriti makanan negara yang digariskan dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan seterusnya mampu mendepani cabaran dan persaingan di peringkat ekonomi global.
Event Details / Maklumat Lanjut
ObjeKtiF
· Menyediakan platform untuk perkongsian maklumat, teknologi dan inovasi
moden terkini dan terbaik dalam pertanian hortikultur di kalangan pemegang
taruh
· Mengintegrasikan inovasi dan teknologi serta pengetahuan secara
menyeluruh dalam mentransformasi pertanian hortikultur untuk memastikan
keterjaminan pengeluaran makanan
· Membina, memperluaskan dan memperkukuh jaringan hubungan dengan pemain
industri dalam bidang pertanian hortikultur untuk kerjasama strategik dalam
memastikan keselamatan dan keterjaminan sumber makanan negara
SKOP
Kertas kerja pembentangan seminar merangkumi aspek pembaikbakaan,
agronomi dan sistem pengeluaran, penggunaan IOT dan teknologi moden, penciptaan
nilai baharu, perlindungan tanaman, pengendalian pascatuai, pemprosesan,
mekanisasi dan automasi, perubahan iklim, ekonomi dan pemasaran untuk
buah-buahan, sayur-sayuran termasuk pertanian bandar dan bunga-bungaan.
TOPIK
• Pembaikbakaan
(konvensional dan bioteknologi) tanaman hortikultur untuk peningkatan hasil dan
ketahanan terhadap perosak dan penyakit
• Agronomi dan sistem pengeluaran yang
berinovasi
• Penggunaan loT dan teknologi moden dalam
pertanian hortikultur
• Penciptaan nilai baharu sumber makanan
bernilai tinggi untuk peningkatan pendapatan
• Perlindungan tanaman bersepadu dan mesra
alam, biosensor
• Pengendalian lepastuai untuk pasaran
tempatan dan eksport
• Pemprosesan untuk nilai tambah
• Mekanisasi dan automasi untuk peningkatan
kecekapan
• Perubahan iklim dalam pertanian hortikultur
• Ekonomi dan pemasaran tanaman hortikultur di peringkat dalaman dan global
PANGGILAN KERTAS KERJA
Jawatankuasa Penganjur ingin menjemput para saintis, pakar teknologi dan penggiat industri yang berminat untuk membentangkan kertas kerja teknikal (poster). Peserta yang berminat diminta mengemukakan abstrak mengikut format berikut:
Format abstrak:
·
Jarak langkau satu
(single spacing),
·
Fon Arial, saiz 12,
·
Margin 2.54 cm pada
keempat-empat sisi halaman
Kandungan abstrak:
·
Tajuk kertas kerja
(Arial, saiz 12)
·
Nama pengarang
·
Ringkasan abstrak
(tidak melebihi 250 patah perkataan)
·
Lima (5) kata kunci
yang menggambarkan kandungan kertas kerja
Semua abstrak yang diterima akan dinilai oleh
Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Saintifik NHC 2027. Keputusan penerimaan
abstrak untuk pembentangan poster serta panduan penyediaan abstrak lanjutan
(extended abstract) akan dimaklumkan kepada pengarang melalui e-mel. Penerbitan
prosiding berwasit yang akan dinilai oleh pakar-pakar dalam pelbagai bidang
hortikultur.
Fees
| Category Type | Method Type | Fees Amount |
|---|---|---|
| Normal Participant (Local) | Physical | MYR1,000.00 |
| Local Student / Smallholder | Physical | MYR600.00 |
| Group of 3 - 9 (Local) - 5% discount | Physical | MYR950.00 |
| Group of 5 and above (local) - 10% discount | Physical | MYR900.00 |
• Tarikh Tutup Penghantaran Abstrak: 15 Disember 2026
• Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak Lanjutan:
2027