LATAR BELAKANG
Seminar Kebangsaan Pertanian Organik (SKOr) 2025 menekankan pertanian organik sebagai sistem pengeluaran mampan yang holistik memelihara kesihatan tanah, menyokong keseimbangan ekosistem dan menjamin kesejahteraan manusia. Berasaskan prinsip semula jadi, sistem ini mengutamakan proses ekologi dan kepelbagaian biologi yang sesuai dengan persekitaran tempatan tanpa penggunaan input kimia berbahaya. Selaras dengan agenda Organic 3.0 oleh IFOAM – Organics International dan sokongan Malaysia melalui Inisiatif Ekonomi Madani, SKOr 2025 mengangkat pertanian organik sebagai pemacu kepada sistem pertanian masa hadapan yang berdaya tahan, inklusif dan lestari. Seminar tiga hari ini akan menghimpunkan pakar tempatan dan antarabangsa, penyelidik serta pemain industri bagi membentangkan inovasi, teknologi dan kejayaan dalam bidang pertanian organik. Program turut menampilkan sesi pembentangan dan pameran oleh usahawan serta pihak berkepentingan, diikuti lawatan teknikal ke ladang organik berkonsepkan farm school sebagai pendedahan amali kepada peserta terhadap amalan pengurusan ladang organik yang mengamalkan konsep ladang berkitar dan telah dipersijilkan myOrganic.
SESI PEMBENTANGAN
• SESI 1: Inovasi dan Teknologi dalam Peningkatan Kecekapan Sistem Perladangan
• SESI 2: Kepelbagaian Amalan Kelestarian Pertanian
• SESI 3: Pengurusan Penyakit dan Perosak dalam Pertanian Organik
• SESI 4: Promosi dan Strategi Pemasaran Hasilan Organik yang Berdaya Maju
UCAPTAMA
• Halatuju dan Inisiatif Kerajaan dalam Memperkasakan Pertanian Organik di Malaysia
• Perkongsian Lestari: Memanfaatkan Inovasi dan Pelaburan untuk Membentuk Rantaian Nilai Organik
SIAPA WAJAR HADIR?
√ Penggubal dasar
√ Pengusaha produk organik
√ Pegawai Penyelidik
√ Persatuan pertanian organik
√ Pegawai pengembangan
√ Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
√ Ahli akademik
√ Aktivis Pertanian Organik
√ Pengusaha ladang organik
√ Siswazah/ pelajar
Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran dan yuran, sila hubungi:
Tel: +603-8953 6830 / 6825 / 6803
Tel/Whatsapp : +6012-475 5007
E-mel: conference@mardi.gov.my
? How to register as participant | ? About payment methods |
OBJEKTIF
• Mengintegrasikan inovasi dan teknologi secara menyeluruh dalam memperkasakan pertanian organik untuk memastikan kelestarian pengeluaran makanan.
• Menyediakan platform untuk perkongsian maklumat, teknologi, dan amalan terbaik dalam pertanian organik di kalangan pemegang taruh.
• Memperluaskan jaringan hubungan komuniti pertanian organik untuk memupuk kerjasama strategik ke arah pembangunan mampan.
SKOP KERTAS KERJA POSTER
• Sistem pengeluaran pertanian organik yang ekonomik dan efisien
• Pengurusan penyakit dan perosak secara organik dan efektif
• Penggunaan IoT dan teknologi moden dalam pertanian organik
• Sistem pengeluaran ternakan secara organik
• Pengurusan sisa ladang secara lestari dan efisien
• Pertanian regeneratif untuk kelestarian perladangan
• Pensijilan organik di Malaysia dan antarabangsa
• Pengurusan lepas tuai, ekonomi dan pemasaran organik
• Peningkatan kualiti hidup melalui pendekatan organik
KERTAS KERJA SEMINAR
Penulisan abstrak 300 patah perkataan mengandungi tajuk, nama penulis, alamat penulis, gambar penulis pertama, pengisian kajian dan kata kunci (tidak lebih daripada lima) dan dihantar melalui pendaftaran sebagai presenter. Tarikh akhir penghantaran abstrak untuk kertas kerja lisan dan poster ialah 22 Jun 2025.
Format poster hendaklah bersaiz potret berukuran 508 x 762 mm (20 x 30 inci).
Pemberitahuan penerimaan abstrak: 16 Julai 2025.
LAWATAN TEKNIKAL
Satu lawatan teknikal ke ladang organik contoh yang berkonsepkan farm school akan dianjurkan pada 25 September 2025 untuk memberikan pendedahan dan pengalaman praktikal kepada peserta terhadap pengurusan ladang yang dipersijilkan myOrganic.
Penyertaan adalah berdasarkan first come, first serve basis. Pendaftaran akan dibuka semasa hari pertama persidangan.
TAJAAN
Individu, syarikat dan organisasi dijemput menyertai pakej tajaan SKOr 2025 untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan kepada peserta.
Maklumat pakej tajaan SKOr 2025 boleh diperolehi pada pautan PAKEJ TAJAAN SKOr 2025.
Category Type | Method Type | Fees Amount |
---|---|---|
Normal Participant | Physical | MYR1,000.00 |
Group of 3 - 9 (Local) - 5% discount | Physical | MYR950.00 |
Group of 5 and above (local) - 10% discount | Physical | MYR900.00 |
Student / Small Farmer | Physical | MYR500.00 |