PERSIDANGAN PADI KEBANGSAAN 2025

Category / Kategori
Conference
Theme / Tema
Gelombang Padi Ke Arah Keterjaminan Makanan Negara
Date / Tarikh
12 August 2025 to 14 August 2025
Method / Kaedah
Physical
Location / Lokasi
Raia Hotel Kuching, Sarawak
Language / Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu

PERSIDANGAN PADI KEBANGSAAN 2025

Category / Kategori
Conference
Theme / Tema
Gelombang Padi Ke Arah Keterjaminan Makanan Negara
Date / Tarikh
12 August 2025 to 14 August 2025
Method / Kaedah
Physical
Location / Lokasi
Raia Hotel Kuching, Sarawak
Language / Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu

Introduction / Pengenalan

    PENGENALAN

      Tanaman padi merupakan komoditi pertanian terpenting negara selepas kelapa sawit dan getah. Komoditi yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia perlu diberi perhatian bagi memastikan jaminan bekalan dan industri padi dan beras terus lestari disamping dapat mencapai matlamat di dalam Sustainability Development Goal selaras dengan yang digariskan di dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0. Penganjuran PADI 2025 di negeri Sarawak kali ini boleh menjadi satu titik mula kepada Sarawak sebagai Jelapang Padi Kedua terbesar di Malaysia. Justeru, persidangan ini adalah medan bagi menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan pendapat serta idea tentang isu-isu terkini dalam industri padi dan beras negara. PADI 2025 memberi ruang pembentukan jaringan kerjasama dan kepakaran antara pihak kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan mahupun individu.


      OBJEKTIF

      • Menyampaikan maklumat terkini mengenai penemuan dalam kajian dan pembangunan padi dan beras.
      • Berkongsi pengetahuan dan idea dalam usaha mengatasi isu dan cabaran dalam industri padi dan beras negara.
      • Meningkatkan jaringan kerjasama antara penggubal dasar, penyelidik, pegawai pengembangan, petani, pemain industri, usahawan dan lain-lain.


      SKOP PERSIDANGAN

      • Pemerkasaan Teknologi dan Inovasi Padi dan Beras ke Arah Keterjaminan Makanan Negara
      • Strategi Pengurusan dan Teknologi Mampan Pengeluaran Padi dan Beras
      • Jaringan Kerjasama Agensi dan Swasta dalam Mengukuhkan Industri Padi dan Beras Negara
      • Forum: Gelombang Padi ke Arah Keterjaminan Makanan Negara


      BAHASA
      Bahasa pengantar persidangan adalah Bahasa Melayu. 


        Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran dan yuran, sila hubungi:

        Tel: 012-475 5007 - WhatsApp 

                 03-8953 6825 / 03-8953 6830 / 03-8953 6803

        E-mel: conference@mardi.gov.my


        ? How to register as participant 

         ? How to register as poster presenter

         ? About payment methods

        JEMPUTAN KERTAS KERJA POSTER

        Jemputan untuk menyertai pembentangan kertas kerja poster mengikut tema dan skop persidangan. Berikut adalah panduan penulisan abstrak


        Panduan penulisan abstrak:

        1.      Bahasa Melayu

        2.      Abstrak mengandungi tidak lebih 250 perkataan dan maksimum lima kata kunci

        3.      Format Microsoft Word (doc.). Tulisan Arial saiz 12, single spacing, align text justify

        4.      Poster dalam bentuk portrait bersaiz 20 inci x 30 inci dan boleh dibaca dalam jarak satu meter

        5.      Gambar penulis utama (berukuran passport)

        6.      Tarikh akhir penghantaran abstrak adalah pada 31/05/2025

        7.      Pemberitahuan penerimaan abstrak pada 15/06/2025

        Templat abstrak boleh dimuat turun di sini-


        Penyediaan poster:

        Saiz poster adalah potret 20 x 30 inci dan boleh dibaca dalam jarak satu meter (Pertandingan poster terbaik akan diadakan)


        LAWATAN TEKNIKAL

        Lawatan teknikal akan diaturkan pada 14 Ogos 2025. Penyertaan adalah berdasarkan first come, first serve. Pendaftaran akan dibuka semasa hari pertama persidangan.

        PENAJAAN

        Individu, syarikat dan organisasi dijemput untuk menyertai pakej tajaan PADI 2025 yang ditawarkan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing kepada para peserta yang terlibat dalam industri padi dan beras.

        Maklumat pakej tajaan dengan klik pada pautan PAKEJ TAJAAN PADI 2025.

        Category Type Method Type Fees Amount
        Normal Participant Physical MYR1,100.00
        Group of 5 and above Physical MYR1,000.00
        Student / Small Farmer Physical MYR600.00

        ABSTRAK KERTAS KERJA POSTER

        • Tarikh akhir penghantaran abstrak adalah pada 31 Mei 2025

        • Pemberitahuan penerimaan abstrak pada 15 Jun 2025


        YURAN

        • Tarikh akhir pembayaran yuran pada  1 Ogos 2025