SEMINAR KEBANGSAAN AGRO PELANCONGAN (AGROTOUR) 2024

Category / Kategori
Seminar
Theme / Tema
KELESTARIAN AGROPELANCONGAN PEMANGKIN KETERJAMINAN MAKANAN
Date / Tarikh
07 May 2024 to 09 May 2024
Method / Kaedah
Physical
Location / Lokasi
HOTEL MARDHIYYAH, SHAH ALAM, SELANGOR
Language / Bahasa Pengantar
BAHASA MELAYU
Website
https://conference.mardi.gov.my

SEMINAR KEBANGSAAN AGRO PELANCONGAN (AGROTOUR) 2024

Category / Kategori
Seminar
Theme / Tema
KELESTARIAN AGROPELANCONGAN PEMANGKIN KETERJAMINAN MAKANAN
Date / Tarikh
07 May 2024 to 09 May 2024
Method / Kaedah
Physical
Location / Lokasi
HOTEL MARDHIYYAH, SHAH ALAM, SELANGOR
Language / Bahasa Pengantar
BAHASA MELAYU
Website
https://conference.mardi.gov.my

Introduction / Pengenalan

PENGANJUR: MARDI        DISOKONG OLEH: | KPKM | MOTAC 

PENGANJUR BERSAMA: MADA UPM | MBSA


LATAR BELAKANG

Seminar Kebangsaan Agropelancongan buat julung kali telah dianjurkan oleh MARDI semasa MAHA 2012.  Kali kedua telah diadakan di Cameron Highlands pada tahun 2014. Pada Februari 2020 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, seminar kali ketiga telah diadakan di Langkawi. Seminar tersebut telah mendapat sambutan menggalakkan oleh para peserta yang terdiri daripada pemain industri agropelancongan dari sektor awam, swasta dan juga individu.   

Fasa pemulihan negara menyaksikan kebangkitan semula industri agropelancongan yang diterajui oleh kerajaan dan juga pemain industri. Pelbagai inisiatif meliputi skop bantuan serta teknologi baru telah diformulasikan bagi menjana kelangsungan industri ini. Justeru, sebuah platform penyampaian dan penyebaran maklumat serta perkongsian pengalaman sebenar pengusaha pusat-pusat agropelancongan perlu diwujudkan sebagai wadah perbincangan pembangunan industri agropelancongan.

Penganjuran Agrotour 2024 pada kali ini akan memfokuskan kepada jalinan rangkaian kerjasama di kalangan pemegang taruh, penyelidik dan juga usahawan ke arah pemantapan aspek sosio-ekonomi agropelancongan yang lebih proaktif dan berdaya saing pada masa hadapan.

SESI PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

Kertas kerja pembentangan seminar merangkumi aspek dalam industri agropelancongan yang disampaikan oleh pembentang dari agensi awam dan swasta. Pembentangan terbahagi kepada 4 sesi utama:

Sesi Pembentangan Ucaptama

Sesi 1 : Senario, Isu Semasa & Cabaran

Sesi 2 : Adaptasi Inovasi Dalam Agropelancongan

Sesi 3 : Pelan Strategik Melestarikan Agropelancongan

Sesi 4 : Kisah Kejayaan

Sesi 5 : Forum Agropelancongan


SIAPA YANG PATUT HADIR? 

Disasarkan tetapi tidak terhad

  • Pengusaha/ Usahawan agropelancongan
  •           Para akademik (Universiti, Kolej & Politeknik)
  •           Penjawat awam dan swasta yang terlibat
  •           Pengurusan resort, hotel dan penginapan
  •           Ejen pelancongan

Klik untuk lihat brosur

Klik untuk lihat atur cara tentatif 


Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran dan yuran, sila hubungi:

Tel: 03-8953 6803 / 012-475 5007

E-mail: conference@mardi.gov.my

OBJEKTIF

1. Membincangkan senario, cabaran dan hala tuju industri agropelancongan.

2. Memberikan pendedahan mengenai teknologi dan inovasi terkini yang boleh dimanfaatkan dalam sektor agropelancongan.

3. Perkongsian perancangan dan pembangunan pelan strategik sektor agropelancongan

4. Membina rangkaian kerjasama strategik di kalangan pemain dalam industri agropelancongan.

5. Menyemarakkan promosi road to MAHA 2024.

KERTAS KERJA POSTER

Pembentang dimohon untuk mengemukakan abstrak kepada Jawatankuasa Kecil Teknikal Seminar Kebangsaan Agropelancongan seperti maklumat yang disertakan di bahagian Pertanyaan Lanjut. Pihak jawatankuasa berhak menolak kertas kerja yang tidak memenuhi syarat.


Sesi Pembentangan Seminar

Sesi 1 : Senario, Isu Semasa & Cabaran

Sesi 2 : Adaptasi Inovasi Dalam Agropelancongan

Sesi 3 : Pelan Strategik Melestarikan Agropelancongan

Sesi 4 : Kisah Kejayaan Sesi 5 : Forum Agropelancongan


Format abstrak:

  • Bahasa Melayu
  • Spacing (1.5)
  • Jenis tulisan Arial dan bersaiz 12
  • Margin 3cm pada kertas bersaiz A4
  • Justified
  • Tajuk artikel hendaklah dalam huruf besar, bersaiz 12 (capital letter, bold dan centered)
  • Jumlah perkataan adalah 150-300 patah perkataan yang mengandungi maklumat penting dan kesimpulan.
  • 3 - 5 kata kunci yang mengenal pasti kandungan artikel.

Tarikh akhir penghantaran abstrak: 15 Mac 2024


SAIZ POSTER

Saiz poster: Potret, 20 x 30 inci


Sebarang pertanyaan berkaitan program dan kertas kerja teknikal, sila hubungi:

Mohd Aizat Mohd Zawawi

Tel: 03-8953 7072 | 012-337 1797

E-mel: agrotour@mardi.gov.my

LAWATAN TEKNIKAL

Lawatan teknikal berkaitan agropelancongan akan diadakan pada 9 Mei 2024 (Khamis) ke Taman Agro Teknologi MARDI Tanjung Karang, Selangor. Penyertaan adalah terhad.

TAJAAN DAN IKLAN

Individu, syarikat dan organisasi dijemput untuk menyertai pakej tajaan yang ditawarkan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada para jemputan dan peserta. 

Sebarang pertanyaan berkaitan tajaan dan iklan, sila hubungi:

Mohd Syauqi Nazmi

Tel: 03-8953 6376 | 019-514 2825

E-mel: tajaan.agrotour@mardi.gov.my

Category Type Method Type Fees Amount
Normal Participant Physical MYR1,000.00
Student / Farmer Physical MYR500.00
Group of 3 - 9 (Local) Physical MYR950.00
Group of 10 and above (local) Physical MYR900.00

TARIKH PENTING

Tarikh akhir penghantaran abstrak: 15 Mac 2024